Sunday, May 22, 2011

Mulianya hati si dia :)


Sekarang ni ade tak lagi lelaki yang berhati mulia sanggup terima seorang perempuan seadanya tanpa mementingkan rupa paras?

Nisbahnya sikit sangat rasanya. Zaman sekarang dah berubah. Kalau kita kat luar pun, mostly kita akan nampak yang sepadan je.

A - "eh2.. tengok laki tuh hensemla."
B - "tengokla pulak sebelah die tuh. Cun kot. Memangla sepadan."

kalau tak rupa paras pun, kadang-kadang manusia pilih berdasarkan harta ataupun darjat. Yela, selalunya makcik-makcik nih kalau datang kenduri kahwin mesti tanya, anak die tuh degree ke?master ke?ke lebih dr PHD?Menantunya kerja ape? Gaji besar ke?

Tak semestinya kalau orang tuh tak bergaji besar pun, die mampu juga nak tanggung anak bini die makan. Aku kagum bila tengok orang yang kerja kilang tapi dah kahwin. Sebab diorang nih ade kelebihan sendiri. Even tak bergaji besar, diorang ade komitmen yang boleh diorang handle sendiri. Lain orang lain masalahnya.

Ade juga manusia yang ade segalanya tapi hidup no fun. Banyak masalah. Orang yang kurang pulak hidup hepi. Tapi bukanla semuanya. Ade jugak yang tak hepi. It depends on how they solve their problem and the situation.

So fikir-fikirla bila kita nak mengenali seseorang adakah kerana paras rupa, harta, darjat ataupun hati yang mulia? Kalau sebab hati, alangkahnya mulianya hati seseorang :)



No comments:

Post a Comment