Salam :)
Hari yang indah dalam bulan Rejab tahun ini. Banyak orang mula berpuasa sunat dalam bulan yang baik dan tak lupa juga yang mendirikan rumah tangga musim cuti sekolah sekarang. Seronok dan bahagia. Mungkin itulah feel sekarang yang dialami oleh pengantin baru. Dua tiga bulan jugaklah orang akan cakap pengantin baru, tak basi-basi lagi.heh!
Dan aku pula akan menamatkan sesi pembelajaran pertengahan bulan julai. Perasaan yang aku alami mungkin sedih pada ketika itu. Mungkin juga seronok sebab tak sabar untuk mengumpul duit memandangkan aku sudah pun mendapat job sebelum aku habis belajar lagi. Alhamdulillah. Tapi agak rushing dan kelam kabut sedikit untuk prepare for our wedding. Takpelah. Mungkin itu salah satu ujian Tuhan kepada hamba-Nya ini.
Plan after kahwin mungkin akan stay separate. Jadi PJJ la jawabnye. Perkahwinan Jarak Jauh.Oh no! Dapat jumpa hujung minggu je. Mana taknya. Si bakal suami di Kajang dan aku pula di Shah Alam bekerja. Jangan mengeluh. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Doa dan doa moga Tuhan permudahkan semuanya untuk kami. Insyallah :)
No comments:
Post a Comment