Monday, September 6, 2010

Dear Diary..

pengalaman hidup sebenarnya dah banyak mengajar bahawa manusia tiada seorang pun yang ikhlas dan boleh dipercayai.
diam tandanya berfikir. saya diam bukan erti saya boleh dipijak2. bukan bererti saya kalah. saya diam tanda saya sedang memerhati. memerhati perangai2 manusia yang menjelekkan. perangai2 yang penuh kepura2an.
setiap masa, detik, dan saat saya memerhati manusia sebegitu rupa..penuh dengan kepalsuan .perlukah manusia membangga-banggakan harta benda yang dimiliki sedangkan ianya belum tentu menjadi milik kita selama-lamanya.
perlukah manusia merasakan diri mereka hebat dengan harta benda yang Tuhan berikan?Ingatlah bahawa hidup ini hanyalah sementara.Hidup ini berputar seperti roda.kadang kala di atas dan kadang kala di bawah.Cukuplah dengan kepura-puraan yang engkau tunjukkan jika hanya sekadar untuk menutup kegelisahan dan ketakutan yang selama ini membelenggu diri sendiri.

No comments:

Post a Comment