Salam semua. Puasa sudah raya pun sudah. Makan pun makin banyak. tambahlah lagi berat badan kan. Raya nih cukup best sebabnya kebanyakan sedara mara-sepupu sepapat dapat jumpe. Yela, masing-masing dah bekerjaya and berkeluarga. So nak spend time together ramai-ramai cukup susah. Kadang dapat jumpe pun time kenduri kahwin. Ntah setahun sekali tak pun dua tahun sekali.
Tahun nih beraya sebagai tunangan orang. Alhamdulillah. Balik kampung semuanya tanya bila langsungnya? Rasa segan sebenarnya bila diasak soalan macam tuh. So jawab sambil senyum lebar memandangkan muka and pipi sume dah makin naik! :(Dan mungkin tahun ini atau tahun depan yang terakhir tuk aku beraya dengan status solo. Maknanya duit raya dah tak dapat. Oh No!
So di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada sesape yang mengenali diri ini. Mohon ampun dan maaf sekiranya pernah menyakiti hati mana-mana pihak dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Moga tahun ini dan akan datang akan memberi makna dalam hidup kita. Insyallah :)
~Muka makin gemuk :( ~
No comments:
Post a Comment