Showing posts with label Celebration. Show all posts
Showing posts with label Celebration. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

Happy anniversary sayang

Happy anniversary 3 years sayang.
Moga perjalanan hidup kita akan lebih diberkati Tuhan hendaknya.
Percayalah sesungguhnya aku terlalu mencintaimu :)

Lots of Love:
Your Future Wife :)




Wednesday, February 22, 2012

Rezeki Tunang

Alhamdulillah. Cuma itu mampu diucapkan. Last week dapat cek result awal. Suppose hari ini baru boleh cek tapi excited sangat nak cek coz subjek last sem tough gile! Belajar network la, HR la, dengan research bagai. dan Alhamdulillah lulus semua! :)

Bff cakap nih rezeki tunang. Yup. Mostly thanks to family coz support dan doa siang dan malam untuk kejayaan aku and i'm gonna be a degree holder soon. Dan juga without his support, aku tak kan capai tahap ni.  Thank you sayang :')

Strungle hard untuk last sem. Harap-harap semuanya ok after this. Kena fokus belajar dan juga berhempas pulas untuk impian kami, rumah kami :)

Wednesday, January 11, 2012

Cinta 04

Alhamdulillah. Itu yang mampu aku ucapkan. After dah bincang with kedua-dua belah family, akhirnya kata sepakat diambil. :)

Kini semuanya dalam perancangan lagi. Tapi aku dan en tunang dah mula berfikir dan plan apa yang perlu dibuat sekarang. Hati mula rasa berbunga-bunga dan aku yakin dia adalah jodoh aku yang Tuhan telah tetapkan. Aku bersyukur dengan pertemuan ini Ya Allah. :)

Hubungan dengan en tunang makin hari makin bahagia. Menghitung hari untuk anniversary kami. Tak sangka boleh bertahan lama. After habis final exam, bercadang mahu ke Port Dickson. Ini mungkin masanya untuk aku berkenalan dengan lebih rapat dengan family dan saudara mara si dia.  Cepatlah habis final exam ni. Tak sabar!


*Sayang, i LOVE u so much!! :)


Friday, December 30, 2011

Azam 2012

Salam :)

Tahun 2012 bakal bermula. So apa azam tahun baru kali ini? Tahun 2011 banyak menyimpan seribu kenangan pahit dan manis. Salah satunya kenangan manis bagi aku is my engagement day. The best ever thing that happened in my life. Dan of course kenangan pahit was accident seminggu before raya rasanya. Hanya Allah saja yang tahu perasaan ketika itu. And the last thing that happened was meet a friend after 3 and a half year tak contact each other. Memang mengejutkan and agak kekok masa itu. Mungkin masa itu sahaja yang kami ada but untuk masa akan datang tak boleh nak predict. Insyallah ada masa, kita jumpa lagi :)


So untuk tahun 2012 i have several list that  i need to achieve :

  1. Habiskan study untuk 1 sem sahaja lagi.
  2. Prepare dokumen and related things untuk kahwin :D
  3. Find a job.
  4. Kahwin. Save the Date. Insyallah :)
  5. Beli kereta.
  6. Complete our Home Sweet Home.
Nampak macam sikit tapi berat bahu nak memikulnya.hehe. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar untuk tahun depan. Happy New Year guys! :)




Wednesday, September 7, 2011

Puasa+Raya Yang Meaningful!

Salam semua. Puasa sudah raya pun sudah. Makan pun makin banyak. tambahlah lagi berat badan kan. Raya nih cukup best sebabnya kebanyakan sedara mara-sepupu sepapat dapat jumpe. Yela, masing-masing dah bekerjaya and berkeluarga. So nak spend time together ramai-ramai cukup susah. Kadang dapat jumpe pun time kenduri kahwin. Ntah setahun sekali tak pun dua tahun sekali.

Tahun nih beraya sebagai tunangan orang. Alhamdulillah. Balik kampung semuanya tanya bila langsungnya? Rasa segan sebenarnya bila diasak soalan macam tuh. So jawab sambil senyum lebar memandangkan muka and pipi sume dah makin naik! :(Dan mungkin tahun ini atau tahun depan yang terakhir tuk aku beraya dengan status solo. Maknanya duit raya dah tak dapat. Oh No!

So di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada sesape yang mengenali diri ini. Mohon ampun dan maaf sekiranya pernah menyakiti hati mana-mana pihak dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Moga tahun ini dan akan datang akan memberi makna dalam hidup kita. Insyallah :)

~Muka makin gemuk :( ~

Saturday, August 20, 2011

Cinta 03


Syukur alhamdulillah :)

Akhirnya kini impian kami tercapai. Hopefully semuanya dapat berjalan dengan lancar and Tuhan dapat memudahkan lagi urusan kami berdua.

So after this every month ade masa kami luangkan dengan aktiviti yang berfaedah. Berangan-angan sudah. Now tinggal masa untuk laksanakan pula jadi kenyataan. :)

*Excited*

Thursday, July 21, 2011

Can't wait to meet him :)
Counting the days.
Only 2 more days
I love U Sayang :)

Wednesday, June 8, 2011

Saya dan Encek Tunang :)


I'm waiting for him

i LOVE him :D

They are my bestfriend :)

i heart this pic :)

bestie @ pengapit :)

Yang banyak membantu majlis on 4th June

Photographer on that day. tq Muadz :)

Encik Tunang suke pic nih :)

Hantaran dari pihak perempuan

I'm Engaged :D


Alhamdulillah. Saat yang ditunggu dah selesai dengan lancarnya. Majlis semuanya ok even rasa macam tak cukup tangan, lari sana sini semua. Yang penting semua orang happy especially sayala :) . More important nak selesakan dan happykan pihak family tunang saya. Aicehhh! Tunang katanya. Malu sekejap *.*

Rasa janggal lagi bila bercakap dengan orang mention that was my fiancee :) Bukan apa, dulu bf, sekarang dah merangkap tunang. Sebab bila bercakap and tersentuh tentang Encek Tunang, saya mesti cakap bf saya.Adoii. Mulalah orang kata bf apenya, abe tunang la.hahaha

Oh, sekarang update dekat ofis. So memang tak dapatla nak upload pic kat blog nih. Moment yang tak dapat lupa. Sehari nak tunang, sumpah tak boleh tidur and langsung tak lena!! Golek lah atas katil tuh seawal 11 p.m. konon nak tidur awal sebab esok nak bangun awal pergi mekap. Until pukul 1 lebih tak tidur. Sakit hati jangan cakapla. Then pergi hantar kunci rumah kat Encik Tunang around 2 a.m dengan abang. Sampai rumah 3 lebih a.m.

Akibatnya esok mata bengkak macam kungfu panda :( Malu bila kena mekap sebab seri muka dah rasa macam hilang. So lepas nih kena beringat pada diri sendiri sebelum nikah atau kahwin harus eh bukan wajib! tidur secukupnya!! :) Ok. nak tidur rehatkan mata sekejap ;)

Have a nice day semua =)

Sunday, May 15, 2011

Happy Anniversary!

Pejam celik pejam celik sampai dah tak tercelik rasa tengok-tengok sekarang dah dekat 2 tahun aku dengan encek hati dah couple. Sebenarnya 3 tahun. Cuma setahun tuh aku ambil masa nak kenal si dia. Bukan apa. Takut pisang berbuah dua kali.

And I'm lucky sebabnya dia tak sama macam dulu. Alhamdulillah. Totally different. Bezanya ketara. Encik hati aku nih tinggi. yang dulu ketot macam ayam katik. opppsss! hahahah.

Thanks sayang for your love. Really appreaciate it. And thanks for the present. I love it. <3


p/s : I'm waiting for you. Can't wait anymore :) Love u sayang!

Friday, April 22, 2011

Checklist pliss


1. Benda nak dipakai - Done
2. Tempat duduk - Done
3. Tampal apa yang patut - Done
4. Penambah intipati - Done
5. Muka yang datang - Kerja Separuh jalan

:: Mesti orang ingat aku gila. Nevermind. Serahkan semua pada yang pakar ;) ::

Thursday, February 3, 2011

Hello Twin!

Hello twin. Even you are not born at the same time, different hospital, different date, but you are almost seem like twin to me.

Happy Besday Dear. May Allah Bless u alwiz. And alwiz success in your life and your future undertaking. I hope that u will find someone better that can take care of you soon. Im alwiz pray for your happiness and remember that im also alwiz with you :)

~HAPPY BIRTHDAY FATIN AADILA~
~SWEET 22~


Monday, January 31, 2011

22 Sudah ;)

Semalam terasa baru macam keluar dari perut mama. Semalam pun rasa macam baru je masuk tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan baru saja rasa convocation that day. Fuhhh!Cepat betol masa berlalu. Alih-alih rite now im 22 years old da??OMG!hahhaha

Baru sedar sekarang diri da tua.tak la tua sgt pun.ayat nk hiperbola je.hahaha.Tapi kenela act as a woman da. Not a teenager anymore. Tapi biasela. Manusia sometimes susah nak ubah perangainye. Susah nak predict hidup nih sebenarnya. Same goes as me too.hee~

Segalanya bermula di sini. Titik tolaknye dari sinila. Takkan pandang ke belakang lagi. Life must go on. Apa yang pernah berlaku jadikan as pengalaman hidup yang mungkin dapat mematangkan diri. Tak rugi ade pengalaman hidup coz dat thing yang akan buat kite lebih tahu and hargai erti sebuah kehidupan. Lebih berhati-hati dengan hal duniawi sekarang.

Oh lupe pulak. Thanx a lot for those yang wish for my besday. Appreciate sgt! Especially my fwens yang sanggup kol from Hong Kong semata-mata nak wish besday. I thought number sapela yang panjang sgt tuh. Thnx Dzulkarnain for the wish.And also my family and beloved one. Not to forget my bestie, Are2 org 1st komen kat FB.huhu.terharu i wif ur msg dat day. :)
Juz hope dis year will bring happiness in my life. Amin~


p/s: berdebar. Dag Dig Dug :P



Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah


Tengah menulis nih da masuk sebenarnya maal hijrah. Tak sangka cepat je masa berlalu kan? Cuba renungkan apa yang kita dah pernah buat tahun lepas? Dah banyak pahala ke kita kumpul? ataupun dosa? Astaghfirullah.. Moga-moga hari yang menjelma ni akan permudahkan lagi perjalanan hidup ini.. insyallah :)

So tahun nih saya dah berazam. Macam-macam. Bukak buku baru. Setiap tahun kita selalu cakap camtuh. Bukak buku baru tapi tuhla. Buku lama tetap dalam ingatan. hehe.. nak buat macam mana. Manusia nih tetap takkan lupa perkara lama. Tapi bagus jugak sebenarnya perkara lama nih. Like I said before, experience is the best teacher. so perkara lama tuh boleh dijadikan pengalaman hidup kita untuk meniti hidup perjalanan yang masih lagi panjang lebarnya tuh.eheh..

1. Hope my CGPA maintain for degree. insyallah :)
2. Jadi anak yang solehah
3. Relationship akan kekal hingga akhir hayat. insyallah
4. Nak jadi perempuan ayu..hahah..
.......................................................................................................................

yang lain-lain belum fikir lagi. nak sambung fikir balik..hehe

p/s: Encek hati, terima kasih untuk segalanya :)

Thursday, December 2, 2010

Hepi Besday Makcik!!


Hepi besday to you Izzah :)
Hope u will alwiz be hepy
May God bless u
and bertambah sukses wif ur collection..hahahaha

notakaki: Sy Ex-Roomate dia. Dia tak pernah marah atau sedih. Saya kagum dengan dia. Alwiz pray for your success :)

Wednesday, December 1, 2010

::Graduate DOMT::


Saya da graduate..yeay!! (tolong tepuk tangan sikit :P ) penat lelah selama 3 tahun tak sia-sia
sebenarnye. sebab saya rasa dulu macam tak yakin dengan diri sendiri boleh abeskan ke tak
diploma nih. sebab masa tuh someone downkan saya. someone khianat saya. dan someone jugak sekarang nih terima anugerah graduan terbaik program dan fakulti tapi saya tak kisah. saya ucapkan tahniah atas kejayaan someone tuh. :)

saya hampir quit pada masa tuh. tapi saya tahu Tuhan tuh sayangkan saya. saya ingat balik kata-kata dan impian saya masa tadika dulu, saya nak genggam segulung ijazah buat diri saya dan terutama sekali buat mama abah saya. bergenang air mata saya bila Vice Canselor hadiahkan para graduan dengan puisi tentang seorang bapa. saya tahan airmata saya. tapi bila
VC arahkan sume graduan untuk bangun dan mengadap parents masing-masing sambil tepuk tangan tanda ucapan terima kasih yang tak terhingga pada mereka, airmata seorang anak tak mampu lagi dibendung.

saya menangis.yaa.mungkin En Hati saya kata saya ego. tapi ego saya ade lembutnye. ego saya ada batasnya. saya menangis sebab mama abah saya selalu ada di sisi saya sewaktu saya jatuh. tak jemu bagi harapan untuk teruskan lagi perjuangan. buktikan pada someone yang saya masih lagi kuat. dan sekarang saya dah kuat. kuat dengan bantuan mama abah saya. kuat dengan
bantuan siblings saya. kuat jugak dengan bantuan PowerPuff Gal saya, dan di saat akhir saya jumpa En Hati yang tak jemu bagi semangat dan kata-kata ini ::Tuhan akan balas balik perbuatannya::

Mama Abah, saya dah capai impian saya sekarang. tunggu lagi 2 tahun. insyaallah.tanpa mereka,
siapala saya sekarang.

PowerPuff Gal : Saya sayangkan kamu. Kamu boleh jadi advisor saya masa susah dan senang. Saya terhutang budi pada kamu :)

En Hati : Terima kasih sebab awak buat saya tersenyum kembali. Awak mungkin bukan yang pertama dari someone, tapi awak mungkin yang terakhir untuk saya dari someone. :)


Someone : Saya ucap tahniah atas kejayaan awak. dan saya doakan kebahagiaan awak dengan dia. Tanpa perbuatan awak, mungkin sampai saat ini, saya tak akan bertemu En Hati saya. Saya bersyukur dengan perpisahan ini, bahagia dan doakan hubungan saya dengan En Hati KEKAL hingga AKHIR HAYAT kami. :Setiap pertemuan ada perpisahan. Dan setiap perpisahan ada hikmahnya. Terima Kasih Awak :)


Tuesday, November 16, 2010

Suara Macam Rossa!

Salam..Tau tak harini saja aky mengadap laptop lebih dari 12 jam..patutla lenguh semacam..tak makan tak ape.tak mandi pun takpe..macam da makan dadah je bila dapat laptop and internet.itu sudah cukup buat untuk mengisi masa lapang yang terlampau-lampau lapang nih..hehe

semalam baru lepas tgk Separuh Akhir Muzik-Muzik..So tersenarai nampak macam diorang amik artis yang masih baru dalam dunia seni.contohnye macam Adira, Aizat, Shahir, Black..Diorang nih sume pun dari program realiti.mungkin tak salah sebabnye nak luaskan lagi pengalaman diorang.tapi aku tengok ade gak yang senior2 yang artis nih hebat suara die.Macam semalam Kumpulan Mega..PEH!!!meleleh bile die nyanyi..jiwang kapak kot.and tak nafikan suara die stil hebat!

and ade jugak suara macam rossa kalau korang dengar..Rossa la sgt kan?Rosak adela..pecah gegendang teelinga kalau korang dengar..hahah..



Dis song is dedicate to Encek Hati Saya. Karok sampai 3 jam tak hengat dunia.sampai suara terus hilang..takdela ala2 rossa pun.cuma ade sikit ala-ala Siti Nurhaliza..kan?kan?(terperasan pulak)

nota dinding : dengar takbirkan menginsafkan diri.Al-fatihah untuk tok, opah, abg lob dan semua muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia..moga roh dicucri rahmat.

Korban Yang Tak ade Faedah

Esok da stat hari raya haji. Bagi orang-orang pantai timur semestinya la diorang balik beraya awal sebabnye sambutan raya haji kat sana dengar kata meriah..tak tahula kan..sebab aku kurang sket kawan kelantan nih..orang-orang yang penah ade connection dengan aku adela sikit sorang tuh pun bape jarak depa jauhnya langsung-langsung tak contant..okok..da merepek!

aku tengah lapar sekarang nih..mengidam macam-macam..cakap sal makan, arituh baru je makan Pizza Hut yang baru tuh..cheesy tuh..sedap!!tapi tuhla..sebenarnya da agak takut nak makan Pizza coz service die lambat sgt.sampaikan aku dengan hati jantung da macam trauma nak makan ctu..hahaha..penah sekali aku makan sampai da tahap tunggu dekat sejam rasanya..tak sampai-sampai makanan kitorg..last2 bungkus balik..ngamuk gakla..

sekarang aku tengah meng-edit blog..da lama sebenarnye tak edit blog nih..sejak da stat blaja balik..rindu!huhuk..and tadi my bestie cakp korbanla sket esok da

hari raya puasa...

..eh haji..totally la korban aku takde pekdah kan sebabnye kaki aku nih patutnye tolong di dapur sebab mak aku nak masak tuk esok.haiya!pemalas punya orang.

got to go~blaja memasak..ehhe