Showing posts with label aku sayang kamu. Show all posts
Showing posts with label aku sayang kamu. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

Happy anniversary sayang

Happy anniversary 3 years sayang.
Moga perjalanan hidup kita akan lebih diberkati Tuhan hendaknya.
Percayalah sesungguhnya aku terlalu mencintaimu :)

Lots of Love:
Your Future Wife :)




Monday, February 6, 2012

Untukmu Sayang :)


This song is dedicate to my fiancee. I love u more sayang!

Thursday, January 26, 2012

Sweet 23!!

Happy Birthday to You,
Happy Birthday to You,
Happy birthday, Happy Birthday,
Happy Birthday to You. :)

Genap 23 tahun hari ini. Even En Tunang tiada di sini untuk sambut birthday bersama-sama, tapi jauh di lubuk hati aku masih lagi gembira sebab Allah masih lagi sediakan aku dengan orang-orang di sekeliling yang ramai lagi menyayangi aku. Thank you so much for the wish people!

Ini mungkin tahun terakhir aku sambut birthday sebagai orang bujang. Bak kata bff, tahun depan pasti lebih seronok. Mungkin usia saja dah bertambah, tapi tetap maintain aweks muda. :D

Tahun ini aku berharap agar dipermudahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan hubungan yang dibina ini diberkati Tuhan hingga akhir hayat. Insyallah :)


-Tak sabar tunggu suprise dari my sayang!-

Wednesday, January 25, 2012

Kutub Utara-Kutub Selatan

Penat betul hari ini terkejar-kejar. Awal-awal pagi lagi bangun and breakfast with en tunang dan terus rush pergi UiTM untuk minta cop. Pagi-pagi lagi guard buat hal and macam nak minta maki je rasanya. Sabar jela. Nasib dapat coklat dari bos. :)

Balik terus packing barang en tunang untuk hantar dia balik ke arah Selatan. Sumpah tak suka situation ni bila kena hantar dia, cium tangan terpaksa lepaskan dia pergi. Bermakna sebulan lah tak jumpa dia. I will miss u a lot sayang. Inilah dinamakan pengorbanan bila terpaksa berjauhan. Bukan sekali ini saja kami berjauhan. Starting from diploma lagi aku di Perak, en Tunang di Shah Alam terpaksa berjauhan. Even jauh, tapi kami trust each other. Alhamdulillah hubungan kami sampai ke hari ini.

Agak sedih sebab esok dia tak dapat sambut birthday aku. But it's ok. Kita boleh sambut bulan lain kan sayang?hehe.. Lagi beberapa minit untuk tengok 'hero' saya di kaca tv. -Gemersik Kalbu- 

- p/s : Digi, Maxis available untuk hari esok :) -





Wednesday, January 11, 2012

Pillow Talk

Baru-baru ini berjumpa dengan bff. Hampir 6 bulan tak jumpa and duration yang paling lama yang pernah direkod sedangkan rumah bukanlah jauh mana sangat cuma situation yang menjauhkan kami.

Sumpah rasa macam hilang semua rasa sedih, kecewa bagai bila dapat pillow talk with her. Dia dengan cerita dia dan aku dengan cerita aku. Yes. Masalah kami sama sahaja setiap kali berjumpa. Tentang study, tentang lelaki, tentang hidup dan tentang cinta.

Bila cakap tentang study masing-masing rasa bilalah nak habis belajar ni. Tolongla bagi cepat habis sebab nak rasa pegang duit sendiri and dah tak larat nak mengadap buku lama-lama. Penceritaan yang sama rasanya bagi seorang yang bergelar pelajar.heh!

Bila bercakap mengenai lelaki, haaa yang ini memang paling lama. Sampai ke sudah takkan habis dan takkan lapuk. Normal la bila perempuan bercerita tentang lelaki. Lelaki pun bila berjumpa dengan kaum sejenis takkanlah tak petik cerita pasal perempuan kan?Konfirm ada lah. Topik nih sangat complicated. Bila buat conclusionnye, lelaki akan cari bila dia ada masalah. tapi bila kau susah, sedih, ade dia datang? Mungkin segelintir. Tapi yang peliknya, bila dia bersama kita dulu susah dia nak buat everything untuk kita. Tapi bila dia dengan someone else kau tengok bagai nak mati die bersusah payah untuk orang lain. Mungkin kita tak deserved untuk dapat bahagian itu. Betul kata orang, jangan terlalu sayangkan someone. Orang yang terlalu kita sayang, orang itulah yang paling banyak menyakitkan hati kita. So sayangilah orang yang menyayangi  diri kita.:)
"If the past two lovers remain friend,
they never in love or they are."

Bila sentuh tentang hidup, masing-masing excited. Boleh pulak kami terambil date kahwin yang sama. Tapi date tu aku yang dapat.hehe. Dan kami planning after aku kahwin, dia pulak kahwin dan pergi honeymoon sama-sama.

Love story.  Hubungan aku dan dia makin bahagia. Hubungan bff dengan si dia alhamdulillah, juga bahagia cuma ada part yang agak complicated. But i know she can handle it. 

Memang rasa sekejap sangat dapat pillow talk dengan bff. But atleast we have shared our secret yang dah lama dipendam. Hope to see you soon wewit! :)




Cinta 04

Alhamdulillah. Itu yang mampu aku ucapkan. After dah bincang with kedua-dua belah family, akhirnya kata sepakat diambil. :)

Kini semuanya dalam perancangan lagi. Tapi aku dan en tunang dah mula berfikir dan plan apa yang perlu dibuat sekarang. Hati mula rasa berbunga-bunga dan aku yakin dia adalah jodoh aku yang Tuhan telah tetapkan. Aku bersyukur dengan pertemuan ini Ya Allah. :)

Hubungan dengan en tunang makin hari makin bahagia. Menghitung hari untuk anniversary kami. Tak sangka boleh bertahan lama. After habis final exam, bercadang mahu ke Port Dickson. Ini mungkin masanya untuk aku berkenalan dengan lebih rapat dengan family dan saudara mara si dia.  Cepatlah habis final exam ni. Tak sabar!


*Sayang, i LOVE u so much!! :)


Saturday, December 31, 2011

The end of 2011 :)

Hari ini rasa bersemangat sikit sebabnya En Tunang akan datang.yeay! Even though pagi tadi ada gaduh-gaduh sikit, tapi hati memberontak nak jumpa sedangkan baru saja minggu lepas selama 5 hari asyik mengadap muka dia saja. Agak bosan tapi tak dinafikan perasaan suka itu lebih dari perasaan bosan.haha

Sekarang tepat pukul 3.30 petang. Lebih kurang dalam pukul 4.30 dia akan tiba. And as usual aku akan menjemputnya then bawak dia makan-makan. Me too! Tak makan sejak dari tadi kononnya mahu makan bersama si dia. sweet kan? :D

Plan malam ini bukanlah untuk sambut new year. Kami jarang menghabiskan masa untuk sambut event di tempat-tempat yang penuh sesak dengan orang. Kami tak suka dengan keadaan panas and itu akan membuatkan kami sama-sama pening. Persamaan bukan?hehe

Lagipun aku tak berapa minat untuk sambut new year. Ada kenangan pahit di situ sebenarnya. Berakhirnya tahun itu, bermakna bermulala tahun baru. Begitu juga aku dahulu. Ok. Usah dikenang. :)

Got to Go. Seperti lagu Najwa Mohaiddin. heh. Perlu pakai cantik-cantik untuk menjemput bakal suami yang akan tiba. Bye. :)

*Doaku untukmu Sayang*


Thursday, November 10, 2011


Trying to make someone love you even at the last moment of your life.

Wednesday, November 9, 2011

Pelengkap Hidupku

Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Jaga Selalu Hatimu

kau jaga selalu hatimu
saat jauh dariku tunggu aku kembali
mencintaimu aku tenang
memilikimu aku ada
di setiap engkau membuka mata

merindukanmu selalu ku rasakan
selalu memelukmu penuh cinta
itu yang selalu aku inginkan

kau mampu membuatku tersenyum
dan kau bisa membuat nafasku lebih berarti

reff:
kau jaga selalu hatimu
saat jauh dariku tunggu aku kembali
ku mencintaimu selalu
menyayangimu sampai akhir menutup mata

kau mampu membuatku tersenyum
dan kau bisa membuat nafasku lebih berarti
http://hotliriklagu.com
repeat reff [2x]

kau, kau jaga selalu hatimu


Wednesday, September 7, 2011

Puasa+Raya Yang Meaningful!

Salam semua. Puasa sudah raya pun sudah. Makan pun makin banyak. tambahlah lagi berat badan kan. Raya nih cukup best sebabnya kebanyakan sedara mara-sepupu sepapat dapat jumpe. Yela, masing-masing dah bekerjaya and berkeluarga. So nak spend time together ramai-ramai cukup susah. Kadang dapat jumpe pun time kenduri kahwin. Ntah setahun sekali tak pun dua tahun sekali.

Tahun nih beraya sebagai tunangan orang. Alhamdulillah. Balik kampung semuanya tanya bila langsungnya? Rasa segan sebenarnya bila diasak soalan macam tuh. So jawab sambil senyum lebar memandangkan muka and pipi sume dah makin naik! :(Dan mungkin tahun ini atau tahun depan yang terakhir tuk aku beraya dengan status solo. Maknanya duit raya dah tak dapat. Oh No!

So di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada sesape yang mengenali diri ini. Mohon ampun dan maaf sekiranya pernah menyakiti hati mana-mana pihak dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Moga tahun ini dan akan datang akan memberi makna dalam hidup kita. Insyallah :)

~Muka makin gemuk :( ~

Saturday, August 20, 2011

Cinta 03


Syukur alhamdulillah :)

Akhirnya kini impian kami tercapai. Hopefully semuanya dapat berjalan dengan lancar and Tuhan dapat memudahkan lagi urusan kami berdua.

So after this every month ade masa kami luangkan dengan aktiviti yang berfaedah. Berangan-angan sudah. Now tinggal masa untuk laksanakan pula jadi kenyataan. :)

*Excited*

Sunday, August 7, 2011

Falling In Love With You Is Not A Mistake

Salam semua. And selamat menyambut ramadhan al-mubarak pada tahun ini. :) Alhamdulillah kita dapat lagi bernafas and dapat bersama-sama menyambut bulan yang mulia ini bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah yang tidak terhingga juga hubungan aku dan fiancee semakin lengkap dan bahagia. Syukur kepada Yang Maha Esa kerana mengaturkan takdir yang aku rasakan amat bermakna dalam hidup ini.

Memang betol falling in love with him is not a mistake aku rasa. Sebab kali pertama kami kenal, aku cuma redha dan pasrah. Untuk membenci lelaki pada waktu itu aku rasa wajar sebabnya hati ini terlalu luka dalamnya. Dulu bila bercinta perlu kenal hati budi then baru going one step ahead. Tapi dengan dia lain. Aku cuma ikut flow. Pasrah dan redha. Mungkin itu lebih tepat. Kami selesa berkawan sahaja tanpa ada feeling yang melampau. It takes time untuk aku mengenali dia, hati budi dia tanpa bersua muka.

Tapi sekarang semuanya menjadi lebih kenyataan. Dan aku berharap moga perhubungan ini kekal abadi hingga hujung akhir hayat kami berdua. Terima kasih Tuhan di atas pertemuan yang tak ternilai ini. Dan aku bersyukur sebab masih ramai lagi menyayangi diri aku semasa aku jatuh dan bangun sekarang. :)





Friday, July 22, 2011

Selamat Pergi Dan Selamat Pulang Sayang

Eika, aku otw nak g KL dah.
Sori tak sempat jumpa
and aku minta maaf if ade silap pape
dan halalkan segalanya.
Thanx sebab selalu ada dengan aku susah and senang
Insyallah aku doakan hang berjaya and bahagia selalu
Sayang hang sangat! jaga diri.
Kalau jumpa nanti nangis :'(

Dapat je message ni terus macam sebak. Sebab ingat geraknya esok. alih-alih hari ni pulak. But its ok. Serius airmata nak mengalir tapi tahan je. Nak balas message tuh pun tadi pikir ayat-ayat yang sesuai hope dia pergi dengan perasaan tenang.

Aku doakan selamat pergi dan selamat pulang. Selama kita berkawan, aku tak pernah terasa. Sikit atau secalit kuman pun. Aku doakan semua yang terbaik untuk hang. Ok. Tak nak cakap banyak sebab dah rasa sedih sangat. Before this belajar masing-masing jauh tak rasa macam ni pulak.

Oh Tuhan. Moga perjalanannya selamat semuanya. Serius saya sangat sayangkan anda! (nanges :'( )

Thursday, July 21, 2011

Can't wait to meet him :)
Counting the days.
Only 2 more days
I love U Sayang :)

Friday, July 8, 2011

Cinta 02


When I miss you, I don't have to go far ...
I just have to look inside my heart because that's where I'll find you.
and I am waiting
and hoping and wishing for the time,
when we can be together again!
I Miss You!

Thursday, June 16, 2011

Cinta 01

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
I LOVE U EN. TUNANG :)

Tuesday, June 14, 2011

Mimpi tak selalu indah

Salam and good morning semuaaaa. :) Lama betul tak update blog. Hari ni barulah ade masa nak berblogging sekejap even dekat ofis kena control sikit menaip. Mana taknye bila aku menaip ala-ala berbunyi macam banyak je keje aku tengah buat sedangkan goyang kaki sedut angin je tiap-tiap hari.hahaha

Semalam aku ade terbaca soalan " what you have been dream last night?" nak cakap pasal mimpila kan, pernah dulu aku mimpi aku jumpa balik my ex and kitorang berbaik.wow!memang dunia dah terbalik gamaknye.hehe.tapi kan, time berbaik tuh ade dia mintak maaf semua. Dalam mimpi aku tak boleh gambarkan muka aku that time macam mana. Terus tershut down mimpi tu sebab terjaga. :D

Memang betul mimpi itu semua mainan tidur ataupun mainan syaitan. Tapi pernah jugak aku dengar yang orang cakap bila kita mimpi tuh bermakna roh kita sedang berjalan-jalan. Means betul atau tidak?Kita semua mesti nak mengharapkan mimpi yang indah belaka. Orang cakap happy endingla konon. Tak semua mimpi itu indah.

Mimpi lebih kurang macam realiti kehidupan kita. Kita impikan bersama dengan orang kaya la, kacak la, pendek kah, gemuk kah, hitam manis kah? Semuanya terpulang pada individu tu sendiri. Kita boleh bina impian itu. Same goes as mimpi. Kita boleh berangan-angan nak bermimpikan apa-apa yang kita idamkan before tidur. Tapi tu semua terpulang pada mimpi sama ada apa yang kita angankan before tidur akan dapat dalam mimpi atau tak.

Dalam kehidupan kita pun selalu benda yang kita impikan tak semua akan jadi kenyataan. Dulu aku pun ada impian macam orang lain juga. Contohnya, bercinta biar satu dan biar yang satu itu akan terus ke jenjang pelamin. means tak nak bercinta banyak-banyak kali. Cuma seorang yang hadir dalam hidup fall in love and terus nikah. End of the story. :)

Tapi setiap orang lain jalan ceritanya. I met up with someone, fall in love with someone, bina impian sama-sama and now masing-masing bawak haluan sendiri.

And now I'm engaged with someone else yang tak pernah aku mimpikan selama ni. Itulah kuasa Tuhan. Sometimes bila mimpi malam kita tak indah, kita akan tanya kenapa tak end up macam cerita yang aku nak? Sebabnya Tuhan dah tentukan jalan cerita yang terbaik untuk kita sebenarnya.

For me, I am happy dengan apa yang Tuhan bagi sekarang. Mimpi aku tak indah sebelum ni, tapi Tuhan bagi mimpi yang lagi indah untuk aku sekarang. :)

Wednesday, June 8, 2011

Saya dan Encek Tunang :)


I'm waiting for him

i LOVE him :D

They are my bestfriend :)

i heart this pic :)

bestie @ pengapit :)

Yang banyak membantu majlis on 4th June

Photographer on that day. tq Muadz :)

Encik Tunang suke pic nih :)

Hantaran dari pihak perempuan

I'm Engaged :D


Alhamdulillah. Saat yang ditunggu dah selesai dengan lancarnya. Majlis semuanya ok even rasa macam tak cukup tangan, lari sana sini semua. Yang penting semua orang happy especially sayala :) . More important nak selesakan dan happykan pihak family tunang saya. Aicehhh! Tunang katanya. Malu sekejap *.*

Rasa janggal lagi bila bercakap dengan orang mention that was my fiancee :) Bukan apa, dulu bf, sekarang dah merangkap tunang. Sebab bila bercakap and tersentuh tentang Encek Tunang, saya mesti cakap bf saya.Adoii. Mulalah orang kata bf apenya, abe tunang la.hahaha

Oh, sekarang update dekat ofis. So memang tak dapatla nak upload pic kat blog nih. Moment yang tak dapat lupa. Sehari nak tunang, sumpah tak boleh tidur and langsung tak lena!! Golek lah atas katil tuh seawal 11 p.m. konon nak tidur awal sebab esok nak bangun awal pergi mekap. Until pukul 1 lebih tak tidur. Sakit hati jangan cakapla. Then pergi hantar kunci rumah kat Encik Tunang around 2 a.m dengan abang. Sampai rumah 3 lebih a.m.

Akibatnya esok mata bengkak macam kungfu panda :( Malu bila kena mekap sebab seri muka dah rasa macam hilang. So lepas nih kena beringat pada diri sendiri sebelum nikah atau kahwin harus eh bukan wajib! tidur secukupnya!! :) Ok. nak tidur rehatkan mata sekejap ;)

Have a nice day semua =)